Monday, March 19, 2012

VOX footwear

Assalamualaikum wbt..

Read the headline again and you must be familiar with the first word above..aite??
And yes i have just found out couple of months ago there are actually a brand called 'VOX' ( For god sake..'SlaiumVox' remember?? *for those that are still blur.)




Apparently, this brand is actually established by a skateboarding company on 2005 based out of Vista, California. This footwear is specially design for skaters..






















Savey Black/white



Crail black/hunter/charcoal
One of my fav!! Craving to get myself one of these..

For the skaters out there, this is your shoes..you can try to check it out on their official web at  VoxFootwearInc or their facebook page VoxFootwear


p/s: Im not a skater but i love these shoes, period!!




Monday, March 12, 2012

Party Play with Sissy ^_^

Assalamualaikum wbt...


Good things come in the end.. Yes please do trust this words. despite all the bad things happen, don't get all sad and bummed out believe me.. i've been through this day.


so yeah they day i went through yesterday was no way in meeting the requirement as requested at first, but the major moment leads to a quite satisfaction never more..


so to make the suffer ends quick im gonna go fast.. 
Pada siang itu ingat mo jalan2 ngan sissy, tp singgah p bengkel jap mo repair skit keta itu ini.. ingat skejap ja lah, rupanya berjam jgk kena tunggu disebabkan que yg agak 'hanya org yang bersabar ja bole tahan'. Siap bat keta tengok2 suda dkt jam 5.. p makan skjp. Tiba2 c kakak dapat call dari office, ada kerja skit kena settlekan.. e'eleh cuti2 pun kena suruh kerja apa mcm la ini..gaji up please~..huhu


Agak2 skejap lah, tengok2 ada masalah la pulak.. aku pun terpaksa la tunggu di luar disebabkan orang luar xboleh ikut masuk. Lama gila woi aku tunggu sampai kemalaman aku di luar.. bermacam2 cara&ragam telah aku lakukan untuk membuang kebosananku.


Akhirnya si kakak dah datang, sambung berjalan.. mo tengok wayang tp cam xsempat suda.. so jalan2 ja la p Suria Sabah.. sempat p times tuk redeem voucher 1malaysia, and now still have 1 left. Habis suda round tempat tu so mo p destinasi yang seterusnya..Tengah gembira2 masuk dalam keta tiba2 c sissy jerit..

"HAH??? KENA SAMAN!!"  
What the?? bad day man..bad day!!


But one thing yang buat hati rasa lega.. bila ku telitikan tiket saman tu, tengok2 dia silap tulis nombor plat laa.. ok so ada rasa lega skit suda..ada chance tuk lepas la ni kali. Oh thank you god...


Ok la suda banyak aku merapu  sepertinya nggak ada kaitan loh dengan tajuk diates!! 
Anyway.. hati kan dah lega sikit.. decide to proceed operation! destinasinya adalah >> 
"PARTY PLAY"




Tempat ni very the 'santai'..
and tempat ni ada live band every saturday night.. sora dorang mmg best laa i like~

Party Play Lifestyle Cafe ^_^

'Dark Chocolate fondant with milk icecream'..
God ,the melting choco time tgh potong tu is the most precious!!

Ow yeah, novel that i bought.. blum baca habis lg..



Friday, March 9, 2012

Tak salah merokok

Asslamualaikum wbt...


Cerita pasal rokok merokok ni
Kalau orang bertanya..


"ko ok ka kalau aku merokok?" 
ataupun 
"ko suka ka laki merokok"

Hurmm.. aku sebenarnya teda hal jgk klu ngan laki2 atau sapa2 lah merokok.
Dan kadang2 bagi yang beginner tu mereka merasakan yang merokok ni kelihatan sungguh cool (eleh, jgn xngaku lah ) sebab awal2 pengambilan tu memang tuk suka2 kan, tapi dlm suka2 tu ada perasaan yang rasa diri itu cool bila merokok..kan kan??  *tsssss pedas disitu yah! Tp aku xpernah pun merasakan yang laki itu sungguh cool bila melihat dia sigup-sigupan (sigup = rokok dlm bahasa sabah). 

Serius aku xkisah kalau orang merokok, even member2 aku pun merokok jgk.. tengah2 kami lepak2 duduk dibangku bambu bercanda riah dunia terasa..amboi~ indahnya cinta...auww senggol-senggolan mas idayu la pulak.. ekeke..
Yang member pun sedap la tarik hembus tarik hembus kan.. 



So aku memang teda masalah ngan orang merokok.. disini aku konklusikan yang merokok itu xsalah cuma~
'Mohon asapnya ditelan dong~...'



Member: boleh kah aku merokok?
Aku: bah, silakan..
Member: ko xmarah kah? 
Aku: xlah,no hal
Member: mana la tau ko xselesa kan asap2 nih..
Aku: hurmmm... asalkan ko xhembus arah aku.




yaa, tahukah anda wahai perokok-perokok tegar diluar sana bahawa asap yang dihembus oleh anda apabila disedut oleh orang lain (perokok pasif) mampu menyumbang kepada barah paru-paru malah peratusannya adalah lebih tinggi berbanding perokok tegar itu sendiri. Ini sungguh tidak adil bagi mereka Cis Bedebah!! *emo sekejap ow yeah~
so kalau kepingin sangat mati awal, jangan la bawa orang mati sekali.




p/s: aku bukan anti-perokok sangat cuma aku xmo terlibat sekali oleh benda yang aku langsung x participate...please laa, alang2 bgs aku merokok kan?? xgiteww?? auww, kena sumbat mulut aku nanti ngan batu...

Tuesday, March 6, 2012

Siksaan bas>> Hati memanas diri ternoda!!

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua?? kita bertemu lagi dlm rancangan>> 1 hari 1 resipi oleh chef kita yang terkenal dgn tidak pandai memasaknya.. wahahaaa... Sila jangan merepek ok *note to myself

So apa yang mbuatkan aku PANAS HATI?? knp dgn BAS itu? Huh?? DIRI TERNODA?? pa kes?? sekali lg aku mengoverkan diri, sungguh xmacho maafkan saya..

Begini ba saritanya.. kemarin aku ni naik bas pegi kk, mau jumpa member dari tawau datang sini kan. Masa dalam bas tu la penyiksaan bermula, lepas aku naik tu memang dah penuh la bas tu, aku berdiri pun dekat pintu dah. Masalahnya, diorg ni kasi sumbat ja org naik. Bayangkan macam tin sardin suda kami dalam tu dia paksa ja  org masuk cis bedebah betul lah.

Kelihatan lagi sorang ibu sdg mengendong bayi kecilnya.. dah la tempat tu sesak+panas, kesian betul baby tu..sampai satu tahap ibu tu xtahan suda berdiri, terpaksa dia duduk jgk di bawah dekat dreba tu.

Dalam kesesakan tu, ada la sorang uncle nih berdiri betul2 dibelakang aku. Dengan semakin lama semakin ramai org naik bas tu, kami smua jadi terhimpit sampai memang tiada ruang dan semua saling 'body contact'. (warning: This might be a bit euwyy) uncle tu memang rapat gila ngan aku sampai yang... Astaghfirullah, kalau aku ingat blk.. geli aku woi!!  sepanjang perjalanan tu mmg aku buat muka buruk la tiada lawannya. punya la aku sabar time tu. Perjalanan setengah jam ke kk rasa cam 8jam kk-tawau kalik.

Along the journey ada la 1-2 org turun, meaning ada la harapan tuk diberi ruang skit.. tapi yang aku heran ni uncle tu langsung xberganjak, tetap jgk ngan posisi tempat pegangnya. Aku masa tu memang geram abis lah sampai aku mengertap gigi sambil cakap " undur laaa~...." dengan nada yang sinis dan penuh kegeraman. uncle tu perasaan kali trus dia undur SIIIKIT.. pastu blk lg dekat2 aku.. so sekali lagi dengan nada yang sama " sana la bhaaa~..". heiyh, memang bunyi cam agak kurang ajar la tp entah lah hahaaa.. betul2 bengang suda masa tu.

Tiba di terminal bas Fuhh legaaa... terus direct p rent apartment member di api2. Lepak2 crita2 ngan diorg.. best!! bukan pa, diorg ni kwn lama masa skola menengah dlu.. ni la geng jajal ku dlu..hehe. lama sda xlepak2 ngan drg ni walaupun satu kampung (tawaurians). it's been a long time since i had that kind of laughter and play that kind of jokes. rindu betul aku ngan diorang nih, kami cam ada 1 kebolehan hanya dengan 1lawak, kami ble sambung pnjang meleret2 yang makin lama makin lucu . haha seriously i missed that kind of stuff. it's been too long~..

le me (nerdnya muka aku pakai spek) and Amoi
together with yna (kembar kpd amoi) . xdapat masuk frame sbb jd tukang gambar
xpa lah, sama ja muka drg ni..ni pun jadi lah. hoho

Friday, March 2, 2012

Zitt or may i say PIMPLE!!

Assalamualaikum wbt~....

Kalau a zitt maybe tada hal la punya.. tp kalau aku cakap jerawat batu merah2 apa dlm kepala hotak kamurg?? serem kan~.. so yup, muka ku dilanda mslh jerawat dan sungguh, aku benci!! the problem is. aiseh ckp omputih, so masalahnya sekarang muka ku kena jangkitan kuman gara2 salah pemakaian produk.. benda ni berlaku kira2 sebulan yang lalu dan kejadian itu telah menyebabkan tumbuhnya jerawat di muka ku bagaikan cendawan tumbuh slepas hujan.. mcm over pla disitu ya tp xmengapa, ikut saja jalan critanya..

pada ketika itu, muka ku mmg sensitif dan kemerah2an, agak teruk la.. rasa mo nangis ja tgk muka depan cermin.. mcm kena sumpahan kum2 ahahaha.. Opss, tampar2 jari nih.. sekarang ni ok sikit lah xmcm first2 tu sebab jerawat tu dah kering but then ada bekas la pulak... eii, aku sutt jgk ni jerawat, menyusahkan aku seja.

FYI, this is not the first time muka ku bjerawat ok.. aku kecoh2 dlm entry ni mcm laa muka aku ni bersih suci murni sbelum ni kan.. ahahaa.. but seriuosly i've been through this before masa skola menengah.. yalah aku mngaku la dulu aku selekeh n xterjaga .. ceh, bajet hot la skrg ni konon.. prasan!! Dulu muka aku berjerawat penuh memenuhi ruang muka ku ini, teruk kan, pelbagai cara  dan usaha telah ku lakukan yang akhirnya membuahkan hasil.. masa tu bdk kelas aku smua minta petua ku..ehehe.. aku pun bgtw la petua ku explaining like a boss!!

so antara langkah2 yang aku usahakan:

  • ANTIBIOTIK - tp ni atas arahan doktor, bukan suka2 ok.. sebab antibiotik ni xbole pakai sembarang, dia boleh mematikan virus2 yang berguna dalam bdn kita. and 1 more thing, klu start makan antibiotik,jangan stop2 pastu makan balik sebab virus mempunyai kebolehan tuk mengadaptasikan keadaan sekeliling dia, maka jika dikasi lama dia mampu immune terhadap vaksin itu. wah! mcm bdk medic la aku, aku xgoogle nih srius, jadi klu ada salah silap tu please do correct me.
  • TAWAS- aku amik tawas yg warna jernih.. sabun ni boleh mengeringkan jerawat dari luar, ni khas kepada mereka2 yang kulit berminyak lah. kebanyakan muka yang bejerawat pun sebab kulit berminyak kan. However, ni waktu zaman2 aku.. sekarang ni rasanya byk suda produk2 yang agak sama fungsinya.. pandai la kamurg explore.
  • KRIM JERAWAT - ni beli dekat farmasi, fungsinya juga tuk mengeringkan jerawt dari luar. ni penjagaan tuk malam hari la sebab perasan ka bila kita bangun pagi muka kita mesti berminyak ikut situasi la. tu la kena sapu krim ni mlm2..
  • FACIAL- hah, ni langkah yang paling last aku buat. setelah jerawat di muka ku semakin kering dan stabil. kan masih ada bekas2 lg so ni la peranan p buat facial di mana2 kedai facial yang anda selesa, aku dulu  byk tempat aku try, finally jumpa 1 tempat ja yang sesuai ngan aku. 

So planning aku ni mo tunggu balik kampung baru buat facial, walaupun seperti agak lama tp xpa lah.. tgk la dlu tahap kesabaran ku mcm mn. kalau xtahan malam ni jgk aku pegi buat! e'eh, ko ingat kedai bapak kau mau datang bila2 ko suka?! 

p/s: tips2 diatas tadi adalah sedikit pengalaman dari diriku sendiri, mungkin boleh diadaptasi ataupun diubahsuai , tapi ikut kesesuaian la mengikut apa yang patut.. jangan pla ikut membabi buta, nanti ada pula surat saman dalam peti surat aku. i tak layan ok!! smua atas tanggungan anda sendiri, suda besar maa~.. :p

Till next entry....